Thursday, February 27, 2014

ALASAN!!!

Bismillahirrahmanirrahim....


Pernah dengar kan pepatah dlam tajuk entry ni?


BERAPA BANYAK ALASAN YANG PERNAH KORANG BAGI SATU HARI UNTUK BENDA BAIK?


Nak buat baik memang kadang susah kan? Kadang tu ada dah pasang niat...Tapi nanti lambat je siket perbuatan tu mesti tak jadi nak buat...


Kadang nak bagi sedekah kat pakcik tu,tapi mesti ada dalam hati cakap,"TAK YAH LA...SILAP-SILAP PAKCIK TU KAYA LAGI DARI AKU.."

Kadang nak buat solat dhuha,tapi mesti ada terdetik, "TAK SEMPAT LA...NAK CEPAT NIH..."


Kadang rasa nak sembahyang awal,tapi mesti dalam hati cakap camni,"JAP G LAH...AWAL LAGI..."



Pernah tak rasa macam story aku kat atas nih???Ade kan??

Kadang rasa teruknya la diri ni...sebab selalu melambatkan benda yang baik..selalu nak bagi alasan...Kadang nak balik awal dari opis,ada je alasan nak kelentong bos...hahahaha....ada kan???


Oleh itu. 

1) Pertama sekali, kita perlu kenal pasti masalah ni...sapa yang timbulkan alasan???


DIRI SENDIRI..!!!!.BOOO......


2) Step kedua, segerakan tindakan anda....Lambat lima saat pon boleh terbabas tau dari niat jahat tu tau...haha...


3) Muhasabah diri itu penting...Selalu muhasabah diri...cuba baiki apa yang perlu....


4) Jangan kutuk tindakan orang lain yang cuba buat baik...Cuba terinspirasi dengan tindakan beliau...


5) Jangan  gunakan pelbagai alasan yang membuatkan anda terus kerugian.....





Berbuat la baik...thanks for reading.. xoxo...


Dunia ibu bapa dan anak-anak :PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Hello guys....



Sihat??? Hari ni nak bincang pasal keibubapaan sikit..hihihi..tajuk cam siryes siket kan...


Pendidkan Awal Kanak-kanak merupakan aset penting dalam membangunkan minda dan kreativiti anak-anak. Pembelajaran pertama yang diambil oleh kanak-kanak adalah daripada ibubapanya dan orang sekeliling....Betapa pentingnya orang sekeliling kanak-kanak ni...kalau negatif orang sekeliling,negatif la jadinya.Begitu lah dengan sebaliknya....


So?
Itu yang terbaik....Aura POSITIF amat penting untuk anak-anak membina pemikiran mereka...


Sebab apa penting???

1) Meningkatkan KEYAKINAN DIRI anak-anak dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran ni...

2) Membolehkan anak MEMBINA MINDA DAN DAYA KREATIVITI dengan mudah dan baik...

3) Membina JATI DIRI DAN SAHSIAH terpuji dalam diri anak....

4) Yang paling penting, HATI ANAK MUDAH NAK TERIMA YANG POSITIF bila aura positif banyak dari negatif...

5) Melatih anak-anak MENGHARGAI SESUATU...















 Pendidikan agama yang berkesan dari kecil juga akan memupuk minda anak untuk menjadi insan yang soleh dan solehah...Apa yang disebut oleh ibu bapa nya itulah yang akan disebut oleh anak-anak...Pendidikan agama perlu dititik beratkan seiring dengan pendidikan di sekolah...Kalau tak seiring,menimbulkan ketidakseimbangan dalam psikologi anak-anak...dah susah kan...


Oleh itu, sebagai ibu bapa perlulah kita memberi AURA POSITIF ni pada anak-anak untuk elakkan anak-anak mengalami ketidakseimbangan psikologi....Kalau kat rumah mak ayah cakap "bijak",InshaAllah bijak la anak tu...Kalau ibu bapa cakap "bodoh",hmmm...paham-paham la ye...Kata-kata ibu bapa ni kan umpama doa....huhuhu....






DOA UNTUK ANAK SUPAYA LEMBUT HATI:



Kalau tak reti sangat,baca Surah Al-Insyirah pon boleh...Tiup pada ubun-ubun anak...




Surah Toha pon digalakkan...Ayat 1-5...



Nak paling Mudah??

Baca Ya Latif banyak-banyak kali pon boleh....Niat supaya lembutkan hati anak tu..pastu tiup kan kat ubun-ubun anak tu....


Dan  yang paling penting, DOA UNTUK KEBAHAGIAAN KELUARGA......Insyaallah....



Seterusnya, SABAR,SABAR DAN SABAR....



Untuk para ibu,kalau nak lembut kan hati suami pon boleh guna ayat ni....


Walaupon menyimpang sikit tajuk tu, tapi ada isi kan??hihihi...


Selamat membaca...bye...thanks for reading...